Tuesday, September 18, 2012

.: SAKIT ITU LUMRAH :.

assalamu'alaikum..
  kepulanganku minggu lepas membuatkan hati terasa sayu sekali.. aku ingat sampainya di rumah, semua sihat wal afiat, tp mak, abah, along dan adik, semua sakit, masyaAllah.. keinginanku untuk pulang rupanya ada makna. Alhamdulillah semua ahli keluarga x tenat. tp malam sehari lepas aku sampai, along kekejangan otot tangan dan kaki, mase tu aku dan abah sedang menunaikan solat maghrib. mak je yang sedang jaga along, namun mak pun xtau nak wat ape dah, lepas solat lantas mak memanggil abah dan aku. aku dapat rasakan mak menangis tapi x dizahirkan. aku dan abah cuba melakukan apa yang terdaya untuk along, alhamdulillah sedikit ilmu yang aku tahu, aku cuba gunakan. lepas beberapa ketika, kejang along reda, pak sdareku pun sampai untuk lihat keadaan. kami hantar along ke hospital untuk rawatan lanjut dan lepas tu, kami singgah di pasar malam sebab along mengidam nasi air.. alhamdulillah tiada apa yang tak diingini berlaku..keesokan harinya along kian sembuh..setakat tu saja tuk kali ini, 

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment