Assalamu'alaikum
Setiap manusia mesti belajar untuk hidup tak kira kita muda atau tua, proses belajar sentiasa berlaku. proses ini boleh dikategorikan dalam dua iaitu formal dan tak formal. formal berlaku semasa dalam kelas dan tak formal berlaku luar kelas seperti seorang ayah mengajar anaknya mengopek kelapa. namun pembelajaran ada adab dan tata tertibnya, bukan untuk menyatakan wajibnya beradab semasa belajar, tapi supaya segala ilmu yang kita peroleh dari pembelajaran akan mendapat barokah. kadang-kadang kita lupa yang mungkin apa yang kita belajar dan tahu pada hari ini akan berguna lagi kemudian hari. bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. kita akan merasa kekesalannya bila kita berhadapan dengan masalah tersebut. buat masa sekarang hati kita degil menyatakan, " aahh, bukan aku guna pun ilmu camtu ", Allah tahu apa kita tak tahu. sentiasalah kita bersedia. kita sering berhadapan masalah apabila kita berada dalam kelas dan semasa cikgu mengajar, ade sahabat sebelah kita bercakap-cakap sehingga mengganggu tumpuan penuh kita dan hasilnya tak semua percakapan cikgu tersebut akan didengari. kalau kejadian seperti ini berlaku semasa zaman persekolahan, harus cikgu tu menegur dan kadang-kadang mendenda pelajar yang bercakap itu, namun bila kejadian ini berlaku pada zaman universiti, pensyarah pun dah tahu kita semua dah besar panjang dan punya akal waras, boleh fikir mane baik buruk, sah-sah dibiarkan saja. rugilah siapa yang terlibat. mungkin masa kita borak kita tak fikir ape perasaan cikgu kat depan atau mungkin kita tak tahu, senang cerita ambil 1 hari je, try jadi cikgu dan rasa apa yang cikgu rasa.. sekian, wallahu'alam
Thursday, September 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment