Tuesday, September 18, 2012

.: KAYA vs MISKIN :.

assalamu'alaikum


    Ramai mane orang kaya? dan ramai mane orang miskin? Definisi kaya dan miskin punya beza pandangan, ada yang berpendapat kaya itu bila seseorang ada rumah besar, kereta besar, gaji lumayan dan boleh beli apa-apa sahaja dengan duit yang dia ada, ada juga berpendapat kaya punya dua makna, kaya zahir dan kaya batin, namun, banyak pun pendapat, ia masih lagi pendapat, kaya atau miskin, hanya pada pandangan manusia, sesetengah pihak mengejar kekayaan katanya bila kita kaya, kita boleh sara keluarga, boleh hantar anak pergi universiti baik-baik, boleh beli rumah besar untuk keluarga dan beli kereta mewah untuk mereka. sesetengah pihak pulak tidak mengejar kekayaan, namun, berusaha supaya rezeki yang mereka sekadar cukup dan tidak kebuluran, tetapi ade juga pihak yang lari dari kekayaan, hidupnya mahu miskin sahaja, katanya makin kaya makin berat amanah dan makin bnyak soalan yang ditanya Allah kelak.. namun, setiap manusia punya pendapat berbeza dankita harus menghormati setiap pendapat mereka, jangan sesekali menghina pendapat dengan mengatakan pendapat kita lebih baik, lebih bernas. tapi berserahlah pada Allah moga pendapat kita punya kebaikannya. kita sering mendengar orang kaya selalu menindas orang miskin dengan kuasa duit mereka, kita sering mendengar orang kaya selalu pergi berjoli hingga lewat malam, kita sering mendengar orang kaya itu, orang kaya ini, jarang sekali kita mendengar orang miskin yang menindas orang kaya. Adakah informasi ini tepat? kalau benar, memang betul lah kebanyakan alim ulama' lebih gemar hidup bersederhana berbanding hidup kaya raya..masalah pebandingan pendapat kaya dan miskin ni timbul bukan baru, tapi sejak hidup junjungan besar kita dulu pon da ade kes kaya miskin macam ni.. khalifah abu bakar menghabiskan semua harta bendanya ke jalan Allah, bila ditanya apa yang kamu tinggalkan untuk anak dan isterimu? jawabnya Allah.. sunguh tebal iman beliau, jauh berbeza dengan diriku yang hina ini..nak sedekahkan tuk masjid pun kene pikir banyak..setiap kejadian ada hikmahnya. Allah menjadikan setiap benda berpasangan, ade lelaki, ade wanita, ade kaya, ade miskin.. tapi, siapa kita, hanya Allah yang tahu..sekian
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment