Thursday, September 13, 2012

.: SAHABAT ?? :.

Sahabat merupakan teman yang rapat dengan kita, namun bukan semua orang yang rapat dengan kita mahu bersahabat dengan kita. mungkin disebabkan kecacatan yang kita miliki, kita selalu disisihkan dari kumpulan, tetapi ade juga keadaan yang mana kita dijauhi disebabkan keburukan perangai dan sifat kita. Dalam Islam, kita digalakkan supaya berkawan dengan orang-orang yang baik sahaja sbb kebaikan sahabat akan kene tempiasnya kat kita juga.. kalau semua orang baik berkawan dengan orang baik sahaja dan orang yang dianggap jahat dibiarkan dengan kejahatannya, xde la chance bg orang jahat nak jadi baik..maka akan bertambah lah kejahatan di muka bumi ini. aku pernah mendengar kata-kata seorang ustaz yang ditanya kenapa perlu kita menasihati orang lain, dan dijawab ustaz itu dengan jawapan yang sungguh tersentuh yakni, kita menasihati mereka bukan nak menunjukkan kita baik dan dia jahat, tetapi kita nak dia yang akan memimpin tangan kita ke syurga kelak, subhanallah. namun, ape yang terjadi sekarang, manusia selalu memandang dan mengenangkan keburukan seseorang walaupun die sudah meninggalkan keburukannya dan xnak melakukannya lagi, namun titik hitam yang terpalit di mukanya xkan dapat hilang sehingga hilangnya manusia di muka bumi. sekarang, orang yang pernah melakukan kesilapan, akan terus merasa sentiasa salah dan sering dipersalahkan..siapa lah kita nak menghukum makhluk? aku sering bertanaya pada diri sendiri, aku xkisah orang lain xnak berkawan dengan aku, tp aku kisah apabila diri aku ni terasa benci n xnak berkawan dengan orang lain dan aku cuba elakkannya,. biar dimaki dan dicerca dari belakang, akan ku ukir senyuman tanda ingatan, moga pertalian kita akan sentiasa mendapat keredhaan Ilahi, wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment