Assalamu'alaikum.
Semakin besar jawatan seseorang, semakin berat amanah yang dipikul. kaki seorang ketua, sebelah berada di syurga, sebelah berada di neraka. kita sering mendengar kata-kata tersebut selalu dilontarkan kepada pemimpin, namun benarkah kita sedar akan maksud kata-kata itu? tapi aku sering kali melihat bila mana seseorang memegang jawatan yang besar atau banyak dalam organisasi, perkara pertama yang mereka perlu tempuhi ialah penat berjaga malam dan sibuk melakukan program. sudah menjadi lumrah, kalau berjaga lewat malam sampai pukul 3 pagi, subuhnya entah ke mana, petang pula sibuk menguruskan program, solat maghrib jemaah entah ke mana, malam pun lepas melakukan program, isyak belum tentu sudah ditunaikan. satu perkara yang merisaukan aku ialah semakin besar amanah, semakin jauh solat, na'uzubillah. sedangkan tiap kali kita hendak memegang apa-apa jawatan atau hendak mengendalikan apa-apa program, keutamaan perlu diletakkan pada solat kerana solat ialah tiang agama dan bukan hanya keperluan semata-mata. apabila di khalayak ramai, tubuhnya gagah mengatakan itu ini, tp bila tiba waktu solat, penuh dengan alasan itu ini, program ta habis lagi la, takut menggaggu program la. betul ke pemikiran kita tentang memenuhi amanah begini? sejak kita lahir, kita sudah pun dianugerahkan amanah, bermula dengan amanah sebagai anak, amanah sebagai abang, amanah sebagai pelajar, amanah sebagai seorang islam, amanah sebagai ketua kelas dan macam-macam yang mana kita sebdiri tak perbah sedar dan sering mengabaikan amanah ini. tapi bila menjejakkan kaki ke bangku menara gading, kita dengan bangganya menerima amanah yang lebih besar sedangkan amanah terdahulu tak pernah kita tunaikan. mampukah kita? amanah umpama beban yang semakin hari semakin berat, tapi bergantung kepada kita lah macam mana nak meringankan beban yang sudah sememangnya berat..
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment