pada suatu hari ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri syam kembali ke tanah air, sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, siapa pun yang boleh menjawab 3 pertanyannya. akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
" anda siapa? dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?", pemuda bertanya.
" saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan saudara". jawab guru agama.
"anda yakin? sedang profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya". ujar pemuda itu.
jawab guru agama tersebut, " saya akan cuba sejauh kemampuan saya".
pemuda: " saya ada 3 pertanyaan,
1. kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya
2. apakah yang dinamakan takdir
3. kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api? tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama.
apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?".
tiba-tiba guru tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.
sambil menahan kesakitan pemuda bertanya." kenapa tuan marah kepada saya?"
jawab guru agama, " saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan kepada 3 pertanyaan anda sebentar tadi".
"saya sungguh-sungguh tidak faham", ujar pemuda itu kehairanan.
guru agama itu bertanya, " bagaimana rasanya tamparan saya?"
" tentu saja menyakitkan", jawab pemuda
guru bertanya lagi, " jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"
pemuda mengangguk tanda percaya
guru agama bertanya lagi, " tunjukkan pada saya sakit itu wujud"
" tidak boleh ", ujar pemuda itu
" itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan yanpa mampu melihat kewujudannya ", terang guru agama.
guru agama bertanya lagi, " apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya? "
" tidak ", jawab pemuda.
" itulah yang dinamakan takdir ", terang guru agama.
guru agama bertanya lagi, " diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?"
" kulit ", jawab pemuda.
" pipi anda diperbuat daripada apa?"
" kulit ", jawab pemuda.
" bagaimana rasa tamparan saya?"
" sakit ", jawab beliau
" walaupun syaitan dibuat daripada api dan neraka dibuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan ". terang guru agama
Friday, October 5, 2012
Friday, September 21, 2012
.: JAWATAN MENGHALALKAN URUSAN?? :.
Assalamu'alaikum.
Semakin besar jawatan seseorang, semakin berat amanah yang dipikul. kaki seorang ketua, sebelah berada di syurga, sebelah berada di neraka. kita sering mendengar kata-kata tersebut selalu dilontarkan kepada pemimpin, namun benarkah kita sedar akan maksud kata-kata itu? tapi aku sering kali melihat bila mana seseorang memegang jawatan yang besar atau banyak dalam organisasi, perkara pertama yang mereka perlu tempuhi ialah penat berjaga malam dan sibuk melakukan program. sudah menjadi lumrah, kalau berjaga lewat malam sampai pukul 3 pagi, subuhnya entah ke mana, petang pula sibuk menguruskan program, solat maghrib jemaah entah ke mana, malam pun lepas melakukan program, isyak belum tentu sudah ditunaikan. satu perkara yang merisaukan aku ialah semakin besar amanah, semakin jauh solat, na'uzubillah. sedangkan tiap kali kita hendak memegang apa-apa jawatan atau hendak mengendalikan apa-apa program, keutamaan perlu diletakkan pada solat kerana solat ialah tiang agama dan bukan hanya keperluan semata-mata. apabila di khalayak ramai, tubuhnya gagah mengatakan itu ini, tp bila tiba waktu solat, penuh dengan alasan itu ini, program ta habis lagi la, takut menggaggu program la. betul ke pemikiran kita tentang memenuhi amanah begini? sejak kita lahir, kita sudah pun dianugerahkan amanah, bermula dengan amanah sebagai anak, amanah sebagai abang, amanah sebagai pelajar, amanah sebagai seorang islam, amanah sebagai ketua kelas dan macam-macam yang mana kita sebdiri tak perbah sedar dan sering mengabaikan amanah ini. tapi bila menjejakkan kaki ke bangku menara gading, kita dengan bangganya menerima amanah yang lebih besar sedangkan amanah terdahulu tak pernah kita tunaikan. mampukah kita? amanah umpama beban yang semakin hari semakin berat, tapi bergantung kepada kita lah macam mana nak meringankan beban yang sudah sememangnya berat..
wallahu'alam
Thursday, September 20, 2012
.: ADAB BELAJAR :.
Assalamu'alaikum
Setiap manusia mesti belajar untuk hidup tak kira kita muda atau tua, proses belajar sentiasa berlaku. proses ini boleh dikategorikan dalam dua iaitu formal dan tak formal. formal berlaku semasa dalam kelas dan tak formal berlaku luar kelas seperti seorang ayah mengajar anaknya mengopek kelapa. namun pembelajaran ada adab dan tata tertibnya, bukan untuk menyatakan wajibnya beradab semasa belajar, tapi supaya segala ilmu yang kita peroleh dari pembelajaran akan mendapat barokah. kadang-kadang kita lupa yang mungkin apa yang kita belajar dan tahu pada hari ini akan berguna lagi kemudian hari. bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. kita akan merasa kekesalannya bila kita berhadapan dengan masalah tersebut. buat masa sekarang hati kita degil menyatakan, " aahh, bukan aku guna pun ilmu camtu ", Allah tahu apa kita tak tahu. sentiasalah kita bersedia. kita sering berhadapan masalah apabila kita berada dalam kelas dan semasa cikgu mengajar, ade sahabat sebelah kita bercakap-cakap sehingga mengganggu tumpuan penuh kita dan hasilnya tak semua percakapan cikgu tersebut akan didengari. kalau kejadian seperti ini berlaku semasa zaman persekolahan, harus cikgu tu menegur dan kadang-kadang mendenda pelajar yang bercakap itu, namun bila kejadian ini berlaku pada zaman universiti, pensyarah pun dah tahu kita semua dah besar panjang dan punya akal waras, boleh fikir mane baik buruk, sah-sah dibiarkan saja. rugilah siapa yang terlibat. mungkin masa kita borak kita tak fikir ape perasaan cikgu kat depan atau mungkin kita tak tahu, senang cerita ambil 1 hari je, try jadi cikgu dan rasa apa yang cikgu rasa.. sekian, wallahu'alam

Tuesday, September 18, 2012
.: KAYA vs MISKIN :.
assalamu'alaikum
Ramai mane orang kaya? dan ramai mane orang miskin? Definisi kaya dan miskin punya beza pandangan, ada yang berpendapat kaya itu bila seseorang ada rumah besar, kereta besar, gaji lumayan dan boleh beli apa-apa sahaja dengan duit yang dia ada, ada juga berpendapat kaya punya dua makna, kaya zahir dan kaya batin, namun, banyak pun pendapat, ia masih lagi pendapat, kaya atau miskin, hanya pada pandangan manusia, sesetengah pihak mengejar kekayaan katanya bila kita kaya, kita boleh sara keluarga, boleh hantar anak pergi universiti baik-baik, boleh beli rumah besar untuk keluarga dan beli kereta mewah untuk mereka. sesetengah pihak pulak tidak mengejar kekayaan, namun, berusaha supaya rezeki yang mereka sekadar cukup dan tidak kebuluran, tetapi ade juga pihak yang lari dari kekayaan, hidupnya mahu miskin sahaja, katanya makin kaya makin berat amanah dan makin bnyak soalan yang ditanya Allah kelak.. namun, setiap manusia punya pendapat berbeza dankita harus menghormati setiap pendapat mereka, jangan sesekali menghina pendapat dengan mengatakan pendapat kita lebih baik, lebih bernas. tapi berserahlah pada Allah moga pendapat kita punya kebaikannya. kita sering mendengar orang kaya selalu menindas orang miskin dengan kuasa duit mereka, kita sering mendengar orang kaya selalu pergi berjoli hingga lewat malam, kita sering mendengar orang kaya itu, orang kaya ini, jarang sekali kita mendengar orang miskin yang menindas orang kaya. Adakah informasi ini tepat? kalau benar, memang betul lah kebanyakan alim ulama' lebih gemar hidup bersederhana berbanding hidup kaya raya..masalah pebandingan pendapat kaya dan miskin ni timbul bukan baru, tapi sejak hidup junjungan besar kita dulu pon da ade kes kaya miskin macam ni.. khalifah abu bakar menghabiskan semua harta bendanya ke jalan Allah, bila ditanya apa yang kamu tinggalkan untuk anak dan isterimu? jawabnya Allah.. sunguh tebal iman beliau, jauh berbeza dengan diriku yang hina ini..nak sedekahkan tuk masjid pun kene pikir banyak..setiap kejadian ada hikmahnya. Allah menjadikan setiap benda berpasangan, ade lelaki, ade wanita, ade kaya, ade miskin.. tapi, siapa kita, hanya Allah yang tahu..sekian

.: SAKIT ITU LUMRAH :.
assalamu'alaikum..
kepulanganku minggu lepas membuatkan hati terasa sayu sekali.. aku ingat sampainya di rumah, semua sihat wal afiat, tp mak, abah, along dan adik, semua sakit, masyaAllah.. keinginanku untuk pulang rupanya ada makna. Alhamdulillah semua ahli keluarga x tenat. tp malam sehari lepas aku sampai, along kekejangan otot tangan dan kaki, mase tu aku dan abah sedang menunaikan solat maghrib. mak je yang sedang jaga along, namun mak pun xtau nak wat ape dah, lepas solat lantas mak memanggil abah dan aku. aku dapat rasakan mak menangis tapi x dizahirkan. aku dan abah cuba melakukan apa yang terdaya untuk along, alhamdulillah sedikit ilmu yang aku tahu, aku cuba gunakan. lepas beberapa ketika, kejang along reda, pak sdareku pun sampai untuk lihat keadaan. kami hantar along ke hospital untuk rawatan lanjut dan lepas tu, kami singgah di pasar malam sebab along mengidam nasi air.. alhamdulillah tiada apa yang tak diingini berlaku..keesokan harinya along kian sembuh..setakat tu saja tuk kali ini,
wallahu'alam..

Thursday, September 13, 2012
.: SAHABAT ?? :.
Sahabat merupakan teman yang rapat dengan kita, namun bukan semua orang yang rapat dengan kita mahu bersahabat dengan kita. mungkin disebabkan kecacatan yang kita miliki, kita selalu disisihkan dari kumpulan, tetapi ade juga keadaan yang mana kita dijauhi disebabkan keburukan perangai dan sifat kita. Dalam Islam, kita digalakkan supaya berkawan dengan orang-orang yang baik sahaja sbb kebaikan sahabat akan kene tempiasnya kat kita juga.. kalau semua orang baik berkawan dengan orang baik sahaja dan orang yang dianggap jahat dibiarkan dengan kejahatannya, xde la chance bg orang jahat nak jadi baik..maka akan bertambah lah kejahatan di muka bumi ini. aku pernah mendengar kata-kata seorang ustaz yang ditanya kenapa perlu kita menasihati orang lain, dan dijawab ustaz itu dengan jawapan yang sungguh tersentuh yakni, kita menasihati mereka bukan nak menunjukkan kita baik dan dia jahat, tetapi kita nak dia yang akan memimpin tangan kita ke syurga kelak, subhanallah. namun, ape yang terjadi sekarang, manusia selalu memandang dan mengenangkan keburukan seseorang walaupun die sudah meninggalkan keburukannya dan xnak melakukannya lagi, namun titik hitam yang terpalit di mukanya xkan dapat hilang sehingga hilangnya manusia di muka bumi. sekarang, orang yang pernah melakukan kesilapan, akan terus merasa sentiasa salah dan sering dipersalahkan..siapa lah kita nak menghukum makhluk? aku sering bertanaya pada diri sendiri, aku xkisah orang lain xnak berkawan dengan aku, tp aku kisah apabila diri aku ni terasa benci n xnak berkawan dengan orang lain dan aku cuba elakkannya,. biar dimaki dan dicerca dari belakang, akan ku ukir senyuman tanda ingatan, moga pertalian kita akan sentiasa mendapat keredhaan Ilahi, wallahu'alam..
Tuesday, September 11, 2012
.: SEMESTER BAHARU :.
Assalaamu'alaikum..
Alhamdulillah, tanggal 9.9.2012, aku sampai di bumi UIA kuantan terchinta berbekalkan beg besar cam owg nak g haji.. biase la tu, cuti lame la katakan..ape je yang ade lam beg??? pakaian semata-mata. fuhh, banyak mengalahkan artis. 10.9 aku start kelas pertamaku, human genetics bersama dr shaiful bahari, alhamdulillah boleh jgak aku hadir ke kelas, asalnya nak ponteng dah gara-gara kawan2 bagitau minggu pertama kelas start hari khamis, tp disebabkan desakan kawan rapatku, abdul hadi subri..akhirnya aku masuk kelas dan mendengar kuliah dari doc sehingga aku tertidur disebabkan letih..
Subscribe to:
Posts (Atom)