Monday, April 8, 2013
Menanti Saat Kematian
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati, itulah ayat quran yang lazim didengari dalam ceramah-ceramah di masjid mahupun surau. setiap manusia yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti cuma tidak diketahui pada masa dan tempat kematian dan cara kematian. setiap di akhir doa selepas solat kita sering meminta dari Allah supaya kita dikurniakan pengakhiran yang baik yakni mati dalam keadaan kita sebagai seorang islam yang mana syurga itu pasti. namun, adakah kita sudah bersedia menghadapi mati? soalan ini pun biasa didengari tetapi sejauh mana kita mengambil berat tentangnya. manusia masih leka dengan arus dunia, masih nyenyak tidur dibuai mimpi dunia, masih lagi bedengkur kenikmatan dengan empuk tilam dunia. sedangkan malakatul maut sering mencari siapakah manusia yang akan dicabut nyawanya. ayuhlah rakan-rakan sekalian, sematkan di dada kita, mati itu pasti, dan manusia yang bijak ialah manusia yang selalu mengingati mati. bila kita ingat mati, kita akan ingat dosa kita, kita akan mencari keampunan dari Allah. moga setiap dari kita diberikan rahmat Allah dan syfaat Nabi. amin ya robbal 'alamin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment