Sunday, November 27, 2011

AKHLAK TERPUJI


hari ini ake merasakan diri ini kekurangan, lantas aku menggapai buku yg ada kat atas rak yg da berhabuk tu, bertajuk.."semulia akhlak rasulullah(s.a.w)".. aku belek muka surat satu persatu, melihat intisari buku, lantas aku membaca sdikit isi yg pertama yg bertajuk akhlak, aku menghabiskan masa petang n bersama buku tersebut.. kalau kat skolah rndah dlu, lm kelas fardhu 'ain, kite di ajar bab akhlak yg mana bnde yg sering kite buat seharian yg mungkin kite perasan ata tidak dengan kehadiran akhlak.. dalam buku tersebut, aku tertarik dengan hadis dan cerita pendek yg mengisahkan tentang seorang perempuan yg dikatakan kuat amal ibadatnya tetapi urusannya dengan jiran tetangga begitu teruk, maka tempatnya adalah NERAKA, manakala seorang perempuan lain yg mana dikatakan sedikit amal ibadatnya tetapi urusan dengan jiran tetangga sungguh baik dan sering diperkatakan tentang kebaikan akhlaknya dengan orang ramai, maka tempatnya adalah d SYURGA.. alhamdulillah, bertuah sungguh perempuan itu.. tetapi penjelasan buku tentang akhlak yg di maksudkan begitu mendalam dan merasakan diriku ini masih jauh utk mencapai tahap tersebut, tetapi sbg muslim, kite x leh mengalah dan teruslah berusaha, kerana aku pernah mendengar orang bagitau, kite x di nilai berdasarkan keputusan akhirnya, tetapi kita dinilai berdasarkan usaha yg berterusan dan istiqamah.. setakat ini saja ceritaku malam ni ye, moga pembaca terhibur dan mengaplikasikannya, wallahu'alam

Tuesday, November 22, 2011

..;; GAMMARIAN O408 ;;..


sudah agak lama la aku xjumpa sume kawan2 lama mase skolah menengah dulu, wndu sgt, tp apakan daya, mase dowg wat reunion, ad je keje yg aku kene setel..fuuuh, penat bngat dong si. tp xpe, bak kata Imam al-ghazali yg maksudnya lebih kurang, kite ingat kat owg, bkn selalu jmpe, tp kite engat melalui doa..ha3, aku pon xpasti ayat sebenar beliau, tp apa2 pon, aku akn cuba engat kengkawan yg da lama kutingglkan tp tetap tersemat lam hati ni, sbg kawan selamanya..ni sume kawan2 lam kelas aku, n aku amek gambar ni lam fb, thanks to solehah ahmad..
dr atas kiri kite akan dapat lihat,.::..amir asyraf(pokcik),fadir ilias,nurin nalkatli,vivekananthan(viven),faiz mah hasan,solehah ahmad,farid ruslin nor, afiq ghazali(bat), syarmim farhah, khair naim, sumithra(sumi), ilea eleena, syazwani ibrahim, shaqilla saidi, syabirah ezan, atif johari, shima razali, nabila farhana, che mohd omar, siti nur amirah, farhan sabri(aku), hanum subri, shahirman zuni(2-le), afiq farhan(gobok) & syamim sowi(mimi), syahir(chak), rul azreen, afiq shamshuddin(mas), syazliana sharifuddin, zureen zamri...these are my beloved classmates. love them so much..::..

Saturday, November 19, 2011

CUTI SEMESTER MEMBAWA PERUBAHAN

ASSALAAMU'ALAIKUM..
alhamdulillah, cuti sem n sempena ng cuti raya korban gak, so leh la cuti raya n sem skali gus. dalam dua tahun lepas, aku juz abiskan cuti raya korban kat kampus coz cutinya x lama n xckup bajet nak balik. lagipun aku xnak susahkan parents nak amek n antar akru pegi stsen bas nanti. apa2 pun, raya korban n best, pagi ra aya, aku dapat tengok 1 korban kat kampung aku..

mak cakap aku n mabuk darah, tp aku tgok je owg smbelih lmbu tu, x ase pape ponbese je, xpening2.. mebi dulu je kot. tp mase kat kampus, aku ade bedah tikus gak, mase bedah ok la, tp da nak abis proses bedah tu, mak aih, pening sgt2, ase macam nak muntah pon ade. meh aku tunjuk gamba tikus yg aku bedah..tgok bek2 ye.
nampak cam scary kan, tp n bedah tikus je. bukan owg lagi. so aku pon xpasti ape yg menyebabkan aku mabuk, nak kate aku n mabuk darah, xberdarah lak tikus ni.. so, konfius..
cu lihat betol2 tikus yg kene bedah, cantik kan, tgok la sape y edah tu, owg teliti ni ha.. :p


lepas hari raya korban aku da xtau nak buat ape dah, boring, alamatnya, aviary aku la jadi mangsa.. terpiki gak cne nak tambah koleksi aku ni ye..nak bnyak cam owg len gak, so mase kat umah aku kuar la g ronda kat bandar cari java sparrow tuk ganti sparrow jantan ku yg mati hari tu.. tup2, alhamdulillah, terbeli la aku 3 ekor sparrow, 1 normal n 2 coklat. agak lawa tp yg menjadi kemusykilan aku, betol ke yg putih n normal n pair.. cube teliti gambar di bawah ye..
ape2 pom, aku harap dowg n pair n mudah2an nati dapat la baby sparrow..insyaAllah..

sekian sahaja buat mase ni tentang diriku ini, wassalam......
.

Thursday, November 17, 2011

bungkus ke tutup?



Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP.... :-)

Kredit: Ustaz Zamri

Wednesday, April 20, 2011

Valentine's Day: Kehadiran Mu Tidak Diundang



Kenapa Masih Menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikutan semata-mata. Ataupun, adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah SWT tidak mencukupi?

Kita perlu memahami sejarah dan tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yang mungkin bertentangan dengan Islam. Kita jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi dalam mediamasa slogan-slogan dari Barat mengaburi pemikiran kita. Firman Allah, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya” (Al Isra' : 36).

Sejarah valentine adalah panjang. Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dari golongan yang menyembah berhala, iaitu orang-orang Romawi, yang merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia.

Setelah penyebaran agama Kristian, para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya kepada 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut.

Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita yang satu ini tanpa meniru ajaran umat yang lain. Sabda Rasulullah saw. "Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain dari golongan umatku (umat Islam)" HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani." HR Tirmidzi.

Kesimpulannya Ucapan dan sambutan Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan ia bukan hari kebesaran umat Islam.

Monday, April 11, 2011

TERSENYUMKAH KITA???


AssalamualaikumWarahmatulLahi Wabarakatuh...........

Sahabat yang dikasihi filLah,

Buat renungan dan tatapan kita bersama.


Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba muncul
mengetuk pintu rumah kita........ Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.


Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita

tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap

tersenyum........


Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita saparuh telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.


Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di belakang pimtu dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum.......

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi mengenali anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.

Beliau tentu tersenyum........


Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum........ Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak! pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal jiran tetangga kita. Beliau tentu tersenyum.......


Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melewati di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang menjaga masjid di kampung kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ........ Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...... Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.........

Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir........

Oh!!! Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........ Nabi tersenyum saja. Tapi lukakah baginda?


Andai baginda terluka.. ke syurgakah kita?

Renungkanlah.....tanya diri sendiri...

Akhir kata ,'jadilah org yg sebenar-benar beriman dan bertaqwa walaupun perlu menempuh sepahit hempedu untuk mencapai semanis kejayaan kelak'.

Sunday, April 10, 2011

my favourite song


Tajuk : Wanita
Munsyid : De Hearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

sebutir beras ibarat setitik peluh petani


fuuhh, da 3 hari aku lepak ujung mggu, hari ni insyaAllah dapat la aku stat ng pelajaran aku.. pagi n terasa kepenatan sikit la.. huhuhuhu, mgkin sbb smalam kot, xdapat makanan yg ckup.. bercakap sal makanan, negara kte n merupakan negara yg lebih kurang ckup makann la leh dikatakan.. tetapi negara kite juga jenis yg bnyak pembazirannya.. nak diceritakan, aku pernah bertemu satu family n yg baik sgt, aku bersyukur kerana bertemu ng dowg.. mereka melayan aku begitu baik sekali.. tapi ade satu tabiat yg len sket dr aku iaitu mereka xkan simpan makann lame.. lo da lbeh sehari @ 2, xkisah la makann tu elok lagi @ x, cmfem bakul sampah la nasibnya.. pada satu sudut memg bagus jgak sbb makann yg lama disimpan, makin bnyak kuman yg membiak, tp aku x, selagi makanan tu ade n x rosak pada pandangan aku, aku xkan buang n cbe habiskan.. bese la, n ajaran nenek moyang aku la dulu.. mase kcik dlu aku penah kne marah nh mak aku sbb x abiskan nasi dlm pggan padahal ade 2, 3 biji je yg tinggal tp sbb xnak membazir pnye pasal, mak aku marah aku.. sejak hari tu, segala makanan yg aku beli @ dapat, sumenye berharga buatku.. mase kat sekolah dulu pom same, aku la owg terakhir yg keluar dewan makan sbb aku kne abiskan sume makanan yg aku amek, xkan tertinggal walau sebiji nasi pom.. bercakap mengenai makanan jgak, terfikir juga aku ng sahabat2 yg berada di luar negara tu.. aku da lame x contact dowg, almaklum la sume bz.. tp aku rasa dowg mesti hepi ng hidup sekarang ni.. moga Allah sentiasa bg perlindungan kat dowg..

upside down


10 AMALAN YANG TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Marilah kita sam2 muhasabah diri kita semua, ape yang silap, tolong betulkan kerana saya pom manusia yang lemah jua yang sentiasa membuat kesalahan.. salam perjuangan

Saturday, April 9, 2011

budgies.., my brothers and mine






setelah sekian lama mencari n menciplak owg len punye gambo, akhirnya aku dapat gak tgkap gmbar brung2 aku n..yg kuning n putih tu masih anak ag, lam 2 bulan lebih kot.. tp yg biru putih n hijau kuning tu da matang ket, lo ade rezeki 2 @ 3 bulan lagi, dapat la dowg jd parents..tp yg aku xpuas hati, putih biru n hijau kuning tu adik aku pnye.. huhuhuhu, yg aku punye xtau la ble nak stat btelur, tp insyaAllah kata tuannya, lam 3 bulan lbeh, tlur laa tuu.. arap2 la

Friday, April 8, 2011

hawa


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai
wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak
juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta
adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan
dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang
dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

selamat pagi hujung minggu


fuuuh, selepas 4 hari dengar lec cakap, ai n bebas la ku, semalam ag sebenarnya, tp sbb smalam jumaat, xpe la, kre spesel day,, ive no plan for weekend, can someone suggest me something???
dont know la, nak tdo tp cm xselesa je, nak stady note xdapat ag, nak on9 penat dah nunggu tenet cam kura2 n...

Thursday, April 7, 2011

kembali ke kampus


Aduhai... aku terpaksa kembali ke kampus awal sket utk amek subjek main camp, asalnya xde, tp sbb pointer xlepas, terpksa la aku berjuang d kampus awal... penat jgak blajar subjek ni, islamik pe.. bg sesetengah orang senang la, tapi bg aku yg kurang islamik ni, agak susah la skit nak catch up ng lec yg kebanyakan foreigner tu.. Alhamdulillah, mujur lec aku spoting, sowg owg bangladesh n sowg lg owg malaysia.. Both merupakan PhD holders,, fuuuh.. hebat gak lec aku ni,,.. lo dowg ngajar, kmfem akan kuar hadis n ayat quran, perghh, mantap la.. lec yg malaysia tu, die merupakan bekas pelajar n lec kat university Oxford,.. lagi le, hebat tol lec2 aku n ye..

my new lutino budgie




alhamdulillah.. aku sudah dapat pe yg aku inginkan.. suatu pg aku pergi kat umah pak cik tu, tgok2 lo ade brung yg nak jual.. lame pnyer tggu, pakcik tu xmuncul gak,, isteri ye ckp, ye ade kat kebun skang, so aku tggu la dengan sabar.. hampir stengah jam tggu, baru la pakcik tu balik dr kebun.. da panas terik pom.. pakcik tu balik pon sbb isteri die yg pegi cari.. aku tye la ade ke brung yg nak d jual, die gtau ade yg lutino tu je.. aku pom cakap xkan xnak jual.. mungkin sbb ase kesian kat aku kot, pakcik tu cakap 'amek la lo nak'.. aku xtau nak ckp pe dah.. segala usaha aku untuk mendapatkan brung jenis tu da berjaya.. akhirnya aku membawa pulang sepasang budgie lutino.. mata merah jd tarikan utama..
aku xpuas hati dengan adik aku..xkan la aku yg letih2 buat sgkar burung yg begitu besar, nak letak 2 ekor brung die jew,.. so, aku pom merantau sekitar kampung, mencari sepasang burung budgie yg lebih lawa n comel. alhamdulillah, aku terjumpa sepasang burung yg menarik minat aku, sepasang burung budgie lutino gred b.. punyer la susah tuan punyer brung tu nak jual. die cakap xde baka ag yg jenis nie.. aku xleh sabar ngat, cies lawa burng tu.. aku dah terpikat, tapi apakan daya, tuan punye xnak jual.. aku pom terus merantau sekitar kampung.. penat gak mencari, aku pom balik dengan hampa,.. kebanyakan brung yg aku jumpe sume xnak jual, xde anak lagi, induk xbertelur lagi, xde baka lagi.. sume ng alasan masing2.. perasaan sedih menghantui diriku.. esoknya aku pergi bandar, tok la klo ade yg berkenan,, tp sume x lawa..warna xcantik..huhuhuhuhu

pengalaman cuti





baru2 ni pak sedare ade nak bg sepasang burung budgie kat adik aku, so yg jadi mangsa , aku la.. terpaksa la aku memerah keringat berpanas matahari nak menyiapkan sangkar burung budgie yang menjadi idaman adik aku tu. penat gak nak wat sangkar burung yg berukuran 1.5x1.0x1.3 meter ni.. adik aku n manja sket, lo aku xnak wat, cmfem ye akan majuk, aku sebagai abg die terpaksa la memikul tanggungjawab ni